Jumaat, 27 September 2013

Kongsi tip sihat (strok)

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh.....

Semua orang nak sihat kan? Tapi, kdg2 dlm pada prihatin dgn kesihatan org lain, sampaikan kesihatan diri sendiri boleh terabai....alamak, mcm mana boleh gitu? (Hmm....peringatan utk diri sendiri jugak yg ada masa buat dhek je bila sakit sana sikit, sakit sini sikit....hehehe...) 

Nak story mory sikit...masa mula2 ditugaskan utk 'jaga' ruangan Kehamilan, Penyakit dan Kesihatan (kanak2), hadoii....apa yg aku tahu? Kehamilan? Uff...apa cer? Sendirian berhad beb....Tu pasal, kali pertama brdepan doktor, Ya Rabbi, apa nak tanya? Bila doktor bagi fakta2 dan 'jln cerita' tentang masalah2 berkaitan dgn semua tu, hambek ko, ternganga dgr terma2 perubatan yg diperkatakan....Tapi, itulah dikatakan, alah bisa tegal biasa...lama-kelamaan, nak kata 'terror' (bukan terrorist, OK) sgt tu tidaklah. Sekurang2nya tak dapat jadi doktor, sbg org media, inilah kelebihan yg ada, dpt konsultansi percuma tanpa perlu menunggu nombor giliran....

Jadi, kalau nak menambah pengetahuan dan mungkin boleh dikutip sebagai panduan, di sini saya kongsikan sebahagian drpd artikel berkaitan yg pernah disiarkan di dlm majalah tmpt mencari rezeki - Seri Dewi & Keluarga (SDK), terbitan KARANGKRAF ya, BUKAN KRAFTANGAN (hmmm...ada lagi jugak yg keliru)

adios...amigos....wassalam warrahmatullah....



OLEH: MIRIEATIE
FOTO: AZAHARI ARIS

STROK
ANCAMAN BARU GOLONGAN MUDA?

Pagi itu, Kamil pergi ke pejabat seperti biasa. Selesai bersarapan dengan teman-teman, Kamil memulakan kerja menyemak fail serta dokumen-dokumen di atas mejanya. Ketika hendak menandatangani salah satu dokumen, pen di tangannya terjatuh. Beberapa kali Kamil melakukannya, masih juga sama. Kamil cuba memberitahu sesuatu kepada temannya Haris, namun butir bicaranya juga kurang jelas. Lebih mengejutkan teman-teman sepejabat apabila Kamil tidak boleh bangun dari tempat duduknya. Setelah mendapat pemeriksaan doktor, Kamil disahkan menghidap strok.
         
STROK, juga dikenali sebagai angin ahmar di kalangan masyarakat kita adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakannya pula berpunca daripada darah beku di dalam saluran darah.
          Walaupun penyakit ini banyak dan sering dikaitkan dengan golongan yang sudah berumur, namun ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan secara tiba-tiba atau senyap. Tidak hairan jika strok juga dianggap sebagai pembunuh utama selain serangan jantung dan kanser yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah di kalangan golongan muda.
          Malahan, di Malaysia, dari segi peratusan penghidap, ia lebih banyak menyerang generasi muda berbanding negara maju lain yang kebanyakannya adalah golongan berusia.
          Menurut Dr. Noorfaizan Saaidin, Pakar Kardiologi & Perubatan, Hospital Pakar KPJ Selangor, perubahan data ini mungkin banyak berkaitan cara hidup seperti pemakanan yang tidak sihat, tabiat merokok dan kurang bersenam.
          “Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh faktor yang tidak boleh diubah seperti keturunan dan faktor usia. Semakin meningkat usia, semakin berisiko seseorang itu mendapat strok disebabkan kebanyakannya agak kurang menitikberatkan tentang kesihatan. Begitu juga dari segi jantina. Sesiapa saja boleh kena tidak kira lelaki atau perempuan meskipun sebelum ini kebanyakan yang kena adalah di kalangan lelaki tetapi berdasarkan gaya hidup masa kini, ia tidak mengenal jantina.
          “Tragisnya apabila melibatkan pesakit muda, ia banyak meninggalkan kesan yang memeritkan. Ini disebabkan strok bukan sahaja menyebabkan seseorang itu hilang upaya dan kerjaya, malahan ia turut melibatkan banyak pihak termasuk keluarga. Memeritkan lagi kerana kos rawatan pesakit adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat pula mengambil masa yang panjang dan mahal,” jelasnya.
          Terangnya lagi, cara serangan strok tidak banyak beza dengan serangan jantung. “Secara saintifiknya, strok adalah disebabkan oleh saluran darah ke bahagian otak yang tersumbat. Jadi, apabila sel-sel nutrigen yang terdapat di dalam darah tersebut gagal sampai ke otak, inilah yang membuatkan serangan berkenaan. Ia merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja,” ujarnya.

Simptom
Strok tidak berlaku begitu sahaja, sebaliknya terdapat tanda-tanda awal yang boleh dikesan. Antara simptom-simptom awal strok ialah:
·        Berasa kebas pada sebelah kaki dan tangan secara mendadak.
·        Kadang-kadang ia disusuli ketidakupayaan bercakap (speech disturban) yakni gangguan dari segi percakapan sama ada tidak boleh bercakap langsung atau intonasi berbeza dan membuatkan sukar difahami.
·        Hilang daya upaya seperti memegang sesuatu. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau perlahan-lahan.
·        Hilang pengamatan seolah-olah ada ‘langsir’ pada mata sama ada kekal atau sementara mengikut tahap keseriusan strok yang dihadapi.

Jenis-jenis strok
Dua pertiga daripada penghidap strok adalah disebabkan darah beku atau dikenali sebagai strok iskemia. Ia berlaku apabila darah beku menyekat saluran darah daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya ia disebabkan oleh pengumpulan kolesterol di dalam saluran darah semenjak bertahun-tahun lamanya.
          Walaupun dianggap strok ringan, tetapi ia boleh menjejaskan dari segi berkomunikasi, berdiri, memegang sesuatu atau kemungkinan muka atau mulut senget atau herot.
          Jenis kedua adalah disebabkan pendarahan di dalam otak yang juga dikenali sebagai strok berdarah. Ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah sehingga berlaku pendarahan. Strok ini boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri atau koma, tidak boleh berkata-kata langsung walaupun pada pengamatan pesakit ini kelihatan masih bernafas.

Faktor penyebab
Ia banyak dikaitkan dengan gaya hidup seperti:
  • Pemakanan
  • Tabiat merokok
  • Tinggi kolesterol
  • Kurang bersenam
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Keturunan/genetik

Rawatan
Dari segi rawatan, ia bergantung pada tahap strok yang dialami. Bagi strok jenis ringan (iskemia), pesakit akan diberi ubat untuk mencairkan darah beku bagi mengelak serangan kali kedua yang lebih serius.
          Selain itu, pesakit juga akan diberi ubat mengawal simptom lain seperti masalah darah tinggi dan kolesterol.

          Walau bagaimanapun, dalam apa jua penyakit yang menimpa seseorang, apa yang penting adalah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman/aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan darah. Sementara bagi yang pernah mengalami strok, adalah dinasihatkan membuat pemeriksaan berkala supaya tekanan darah, paras kolesterol dan berat badan dapat dipantau.  

Khamis, 26 September 2013

Macam-macam kisah...

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh....

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah bbrp hari jugak tak berapa ada idea nak entri cerita dari minda ini. Satu, tak ada masa sangat sebab kebetulan tengah 'deadline' pdf, so, sekejap2, kena jenguk ke grafik. Balik ke rumah, pantang 'landing' depan TV, mudah benar mata ni terlelap. Kopi O pekat pun tak 'jalan', bertambah2 ngantuk lagi ada. Tengah meneguk pun boleh menguap, apakah?....Hmmm...faktor usialah gamaknya. Hakikatnya, begitulah yg biasa dilalui penulis/wartawan. Kalau tiba masa tak ada idea, usahkan nak ngetuk story, nak buat tajuk pun kosong. 

Di sebalik tempoh bbrp hari tak mengetuk kibod Mr Lappy utk entri ini, dah macam2 kisah yg menjadi bahan 'kisahan' terutama bila dah 'berjemaah sarapan' dgn jemaah biasa - Cik Osh, Kak Nuri, Liza Ali dan minggu ni turut disertai Mie Maskulin. 

Dari finale drama Cinta Jannah yg 'nyakitkan hati', 'tragedi lawak' anak2 Cik Osh Rosiati Elias yg nyaris menjadikan charger telefon dan cermin mata aiskrim istimewa hinggalah yg paling hot, bini Mat Yo, merancakkan sarapan kami. Tidak kurang juga kekaguman kala mendengar cerita 'selitan' oleh Mie berkaitan CEO Naza World, Datuk Wira SM Faisal. Harap2 'menjadilah' apa yg Mie ceritakan tu ya. Tabik springlah kalau menjadi realiti. 

OK, sebenarnya aku agak jarang nak follow drama bersiri Melayu ni. Tapi entah mcm mana boleh terjebak dgn Cinta Jannah ni pulak, walhal, tgh ramai yg 'gila' dgn siri Adam & Hawa lah, Setia Hujung Nyawa lah, boleh pulak buat tak kisah. Nak kata sbb pelakon, hmmm...bukanlah dlm senarai aktor/aktres yg aku 'wajib follow'. Hmm...akhirnya...ending mcm tu je. Hadoiii...

Nasib baiklah Cik Osh kongsi cerita lawak anak2nya pagi Selasa lalu. Nak caj telefon, melilau cari, sekali jumpa kat dlm freezer. "Malam ni nak siasat siapa punya angkara," kata Cik Osh. Menjelang mlm, baca status di FB Cik Osh membongkar sedikit hasil siasatannya. Hmm....hilang rasa hati yg 'meroyan' dek ending Cinta Jannah petangnya bila baca status Cik Osh tu. 

Sarapan hari Rabu, hangat berkisarkan cerita paling hot, bini Mat Yo. Hmmm....mcm2 pe'el manusia ni kan. Semoga dijauhkanlah sifat2 keji di dalam hati kita.

Begitulah insan. Rambut sama hitam, hati lain2. Iktibarnya, sentiasalah kita muhasabah diri kerana setiap perlakuan, tutur kata, keji maki, mungkin kembali kpd kita. Na'uzubillahi minzalik...Contohnya mcm dlm Cinta Jannah tu lah. Masing2 ada hukum karmanya. Tengoklah mcm mana perangai keji Balkis kakak Jannah yg ala2 mulut 'puaka' mengata Jannah mcm2, akhirnya, terpercik ke muka sendiri bila lakinya ada affair dan jd pembunuh. Mak mentua yg dok pandang rendah pd Jannah, akhirnya terima balasan, lumpuh.

Biarlah diri 'low profile', tp memacu jaya dan nama di persada dunia. Contohnya mcm CEO Naza tu lah. Masih teringat kala berkesempatan berbual sepatah dua kata dgnnya (ketika itu belum bergelar Datuk lagi) semasa cukur jambul anak kedua beliau di kediaman mewah di kawasan elit Bukit Tunku. Walaupun tidak berkesempatan berbual panjang kerana beliau harus melayani tetamu2 VIP yg lain, tapi sifat ramah membuatkan aku dan wartawan The Star, Ain, tergamam seketika sambil bertanya satu sama lain; "Eh, dia ke tu tadi?" Bukannya apa, kami berdua sbnrnya membygkan adiknya, Nasa adalah dia. Rupa2nya tersilap org. Sebab beliau nampak jauh muda drpd yg dibygkan dan lebih penting, nampak 'sempoi'. 

Jadi, jadilah diri kita seadanya yg tahu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 
"Carilah bahagianmu dlm diam, sebab org diam selalu disegani, org yg tidak byk bicara akan selalu dicintai, sedangkan bala sering timbul akibat pembicaraan." (Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni)

Salam dinihari....


Ahad, 22 September 2013

Cerita bola...motivasi 'cap ayam'

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh....

Hmmm...nak cerita pasal bola sepaklah pulak ya. Perempuan cerita pasal bola? Alah...kalau perempuan cerita pasal bola, tak ada lainlah tu, sebab pemainnya handsome, ataupun sebab boyfriendnya suka bola, so, dia pun ikut2lah minat juga. Itulah persepsi biasa ditujukan kepada org perempuan yg minat bola. Suka hatilah persepsi masing2. Yg aku tau, aku mmg minat bola sejak zmn sekolah rendah lg walaupun aku sbnrnya, nak sepak bola pun menggeletar kaki lutut. Apa lagi agaknya kalau disuruh ambik tendangan penalti, mau LUL aku kat situ jugak. 

Apa sajalah yg seronoknya tengok bola tu, 22 org dlm padang dok kejar dan berebut sebijik bola. Haa...tu pun antara statement yg selalu didgr. Terserahlah kepada persepsi dan minat seseorang itu. Sebab kalau ikutkan pun, tak semua lelaki suka bola sepak. Ada juga pasangannya yg 'opposite attract', lebih kurang mcm lirik lagu Cinta Gila - Juliana Banos....'ku ke kiri, kau ke kanan...' yg perempuan lagi 'expert' pasal bola. Tapi itu minoritilah. 

OK, aku ni bukanlah berlagak, mengatakan 'pakarlah sangat' pasal bola sepak ni, sebab kalau nak suruh aku turun padang, main bola, nak tendang pun entah2 kuat lagi anak buah aku yg umur 3 tahun tu tendang...hehehe...Cuma, kalau ada geng yg ajak borak pasal bola, bolehlah masuk jemaah. Taulah kot sikit2 pasal BPL, Liga Sepanyol, Serie A (Itali), tak terkecuali Liga Super/Malaysialah. Kang, tak ambik tau pasal bola sepak Malaysia, dianggap sesetengah org sbg tak patriotik pulak sebab melebih2kan liga2 luar. Cuma, kat Malaysia ni, nama liganya tu agak kerap bertukar nama, tu yg kadang2 keliru sikit. Kejap Liga Malaysia/Piala Malaysia, Semi-Pro, kejap Liga Perdana, Liga Premier, Liga Super. Itu belum lagi minat terhadap bola sepak Malaysia yg semakin menurut keterujaannya. Kali terakhir yg betul2 aku ikuti bola sepak Malaysia ni era 90-an. Itupun rasanya hingga pertengahan 90-an je. Lepas tu, dah makin berkurangan. Selain sebab mutu yg merudum, kebanyakan pemainnya pula dah mula dibuai glamor. Tapi, taklah sampai tak ikuti langsung. Cuma tak semeriah dulu.

OK, berbalik kepada kenapa aku nak bercerita pasal bola ni. Bukan apa, tengah semangat berkobar-kobar ni sebab team Ngap Sayot Sarawak dah belasah Perak Kejor Yop Kejor 6-1. Tak terkejor dek Yop dah bila ada di antara golnya selang seminit deme nyepak masuk. Eh..eh...ngape pulak teman tibe2 brtukar loghat pulak ni...hehe...saja nak ngasah lidah sikit. Kawan2 teman pun ramey jugak dari Perak. Tu yg kdg2 bila bercampur, sedap pulak nengor nye...

OK, berbalik pada team Sarawak ni, beberapa minggu lepas, ramai yg naik marah dan geram dgn mulut tak insurans dua DJ pagi Era si Johara tu bila diaorg sebut team Sarawak cap ayam. Eh..eh, kome ni. Nak bergurau pun, biarlah educated sikit. Awak tu kerja media massa, ke udara hampir seluruh Malaysia dengar (kecuali aku, sbb sejak kewujudan Era, sejujurnya aku tak prnhlah mutar sendiri ke stesen radio ni nak dengar walaupun trmasuk jugaklah setkan gelombangnya pada radio kereta dan radio hp. Itupun bukan dlm senarai favorit. Tah kenapa, seskima-skima radio RTM tu, aku lah antara pendengar setia walaupun bila part2 yg tak brkenan dek telinga, aku tukar jugak ke stesen lain - Hotfm, Suriafm, IKIMfm ke, waima Radio Org Asli pun boleh layan, tapi Radio Era, sgt jarang). 

Secara jujurnya juga, aku memang tak dengar pun si duo tu menyebut pasal cap ayam tu. Cuma, bila dah kecoh kat FB dan juga keluar paper, barulah tau pasal cerita gurauan low class si duo ni. Tu lah, kenapa org tua2 pernah berbidalan; 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...', begitulah jadinya...tak semena2 kena kutuk, ugut. Tu lah, walaupun berlawak, tapi biarlah guna otak yg trletak di kepala, bukannya mcm org kata, otak kepala lutut. Tapi, mungkin ada hikmahnya juga di sebalik label drpd minda yg tak berapa nak educated bahasanya tu, sbb dari situ, para pemain yg diketuai jurulatih dari Belanda, Robert Alberts mungkin lebih bermotivasi untuk membuktikan kepada peminat bola sepak Malaysia khususnya bahawa mereka bukan level cap ayam. Ternyata, sejak menjuarai Liga Perdana Malaysia 2013, hanya sekali saja mereka kalah tipis kpd Lion 12, 1-0 di Singapura, Rabu lalu (18 Sept). Agaknya, itu jugak yg buat dia org tambah semangat, lagilah main di tmpt sendiri, di depan penyokong sendiri. Itu pun, nengok 'live' di TV1, seram sejuk jugak tengok dia org berbalas-balas serangan. 

Ini mungkin sedikit drpd cerita pasal bola yg aku nak kongsi. Tapi, drpd cerita pasal team cap ayam, kalah 1-0 dan menang besar 6-1 ni, kita mungkin boleh ambil sikit pengajaran dan motivasi di sebaliknya...

Pertama...peringatan utk diri sendiri juga, dlm kehidupan bermasyarakat ni, percakapan tu kenalah berhati-hati, apalagi dunia zaman kini, silap cakap, silap tulis pun boleh masuk mahkamah, boleh kena saman. Itu belum lagi kes kena ugut dan sbgnya...

Kedua...kalah bukan bererti mengalah. Belajar dari kekalahan, kelemahan yg ada. Tanggapan rendah org trhadap kemampuan kita juga sebenarnya secara tidak langsung memotivasikan diri utk berusaha dan membuktikan sebaliknya. Belajar positifkan minda (peringatan utk diri sendiri juga yg ada tikanya cepat rasa negatif trhdp sesuatu tu...huhu)

Ketiga...hidup ini umpama roda, ada tikanya kita di atas, ada masa kita mungkin terjatuh walaupun mungkin tak sampai tersungkur. Jadi, mcm Sarawak yg dah menang besar tu, jgnlah pantas mendabik dada. Samalah juga pada diri kita. Tak kira dlm apa jua, ingat sebelum lupa, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati....

adios amigos utk kali ini....

Comelkan budak ni. Tapi, masa umur dia 11 tahun, dia didiagnosis mempunyai masalah Growth Hormone Deficiency. Harapannya nak jadi pemain bola sepak nyaris terkubur bila River Plate yg brminat nak ambik dia sbg pelatih dlm kelab bola sepak trkenal Argentina tu tak sanggup membiayai kos rawatan masalahnya sebyk $900 sebulan. Tapi, siapa sangka sekarang dia pemain bola sepak terbaik dunia...siapa lagi kalau bukan Lionel Andres Messi...'impossible is nothing'

Sabtu, 21 September 2013

Tiba-tiba rasa rindu yg teramat....

Bismillahirohmannirohim.....Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan hayat dan menghirup udara segar dan sedikit hangat di pagi Sabtu nan 'memancor-mancor' mentarinya...hmmm..menyambung kehangatan semalaman yang sedikit meresahkan lena ku. Tersedar di sepertiga malam, syukur sekali lagi. Tapi, sebab dah berjanji kepada diri untuk menjalani rutin hujung minggu (kalau tak hujanlah), 'walkging' di Tasik Seksyen 7, jadi, paksa jugaklah mata untuk lena semula. 

Masa terbangun sekitar jam 3.15am tu, sempat le jengah FB. Haah, birthday Chef Jawa Gojes, Sue Arukin...so, teruslah wish kat dindingnya...sekali lagi baru teringat, laaaa...anak sedara sama zodiak Virgo dgn aku punya birthday 20 September boleh lupa....terus whatsapp kat ayahnya...happy belated birthday Ecah yg ke-8....

Balik dari walkging, baru buka whatsapp, adik aku, Man jwb msg wish kat Ecah tadi: "yenlah awak dem umin2 tip alaoh toi guk amin. dusuklah. adeh tufer laoh mamak, ija.." (loghat Miri yg lebih kurang maksudnya: "tu le nak buat makan2 sikit hari ni kat rumah. datanglah. ada juga jemput diaorg mak, Ija (adik bongsu)"

Huwaaa....tiba-tiba rasa rindu yg teramat sangat kat kampung halaman...rindu kepada bunyi kokok ayam jantan seawal subuh (yg mmg selalu jadi teman gaduh sbb berlagaklah sangat mcm dia seekor je ayam jantan peliharaan bapak yg ada 'rumah banglo' atas bukit tu...tapi, sekali dia kokok waktu subuh tu....assolatukhairunminannaumm..., kalau sesape yg tak terbangun jugak, memang sahlah tidur mati, tak pun dah kena sumbat telinga dgn setan...astaghafirullah alazimmm....), bunyi cicip burung yg selalu tumpang hinggap kat taman comel mak kat tangga depan, dan sesekali bunyi motosikal Ralip, anak kakak saudara sepupu, Kak Ani yg tinggal kat bukit sebelah (bukit ni menjadi pengapit jalan raya utama yg nak berakhir di tanah perkuburan di sebelah hulu, kira-kira 300 meter je kot) yg nak pergi kerja di Majlis Daerah Subis kat Pekan Bekenu (kira-kira 500 meter je dari rmh)...aduh! rasa mcm 'dan2' jugak terbang balik Miri....

Terus capai gagang telefon....Ija yg jawab...owh, rupa2nya mereka dah nak bersiap turun ke Miri berempat - suaminya, mak dan apak...hmmm, naik suprema s yg baru 2 minggu Ija dapat (hmm...tak sempat nak melenjan masa balik cuti raya ri tu...huhu)...borak punya borak, hmmm...dekat setengah jam jugak. Nak cakap dgn mak, dia pulak tgh bergayut kat handphone...biasalah tu. Adalah 'jemaah'nya yg nak ajak g memane atau ikut YB ni lah, jemputan kenduri itulah dan tidak kurang jugak minta tolong mandikan jenazah (mak antara dua tiga org kat pekan tu yg kerap diminta memandikan jenazah terutama di kampung2 berdekatan. Alhamdulillah, semoga berlimpah ruah pahala mak menyempurnakan jenazah mereka yg terlebih dahulu pergi menghadap-Nya....aminn

Begitulah aku. Baru selang sebulan balik dari kampung, rasa mcm dah berbulan2 dah tak balik walaupun setiap minggu, sekurang-kurangnya sekali mesti nak berborak dgn dia org.

Hmmm....kalau Siti Fairuz kata dlm lagunya; "Bila ku rindu, aku menyebut nama mu..." tapi aku kalau rindu nak berborak dgn mak ke, Ija ke, terus capai telefon...tak pun, aku menatap gambar2 famili ku...rumah mak ayah di kpg dan segalanya yg berkaitan dgn MY FAMILIES....alfatihah dan semoga sentiasa dirahmati-Nya....amin....


Mentari sedang naik dari ufuk timur 'memancor2' di halaman Teratak Nur Kasih Pak Alli...

Haaa....ni ler teratak ala2 ada yg kata mcm rmh dalam drama bersiri 'omputeh' popular era 80-an, Dallas. Dah le atas bukit, bertiang lagi...Dulu, rmh lama letaknya kat bwh bukit (arah sblh kanan). Tapi, lepas banjir besar yg sampai cecah bumbung rmh, arwah datuk buatlah rmh kat atas bukit ni...pokok besar tu adalah pokok durian, tapi dah mandul dah...dulu masa masih berbuah (kita org panggil 'ukak'), akulah antara tukang kutip bila buahnya gugur...dan boleh telan pulak time tu. Sekrg, tau kenan apa, asal saja yg berketurunan durian, acik boikot...TAK MAKAN DURIAN dan keturunannya....(tak rugi pun walaupun ada yg jugak yg cuba batu apikan kata rugi...rugi...ngeeeee...)

Ni ler My Family yg kusayangi, kurindui selalu...mak, apak, abg Salhi (bj hitam - gitaris kump. Water Margin, grup rock retro paling popular kat pekan Bekenu...hehehe), abg Johan (bj maroon), adik Azman (janggut sejemput-X-drummer WM, tp dah bersara...tp sesekali pandai jugak lepas gian mengetuk tu...hehehe) dan usu Ija (Norliza). Aku, anak buah panggil Angah....anak ketiga daaaa....

Ni ler Ecah, yg sambut besdaynya semlm...20 Sept...





Jumaat, 20 September 2013

Ni le aku

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh....

Salam perkenalan di alam yang terasa macam asingnyalah bagi aku yang baru nak berkenalan 'dengannya'. Orang lain dah macam2 entri, macam2 perkongsian, aku baru nak merangkak. Tak apalah merangkak pun, jangan sampai tak bergerak langsung. 

Jadi, permulaan ni, biarlah umpama sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Saya akak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan....

Salam semua....salam dunia....salam keamanan...world peace...


'Peace no war.....' - Kenangan semasa mengikuti rombongan 'Cik Kiah' Alfio Raldo ke Ho Chi Minh City, Vietnam (HCMC 17-20 Dis '12). Ini merupakan salah sebuah lubang persembunyian yg trdapat di Terowong Cuchi. 



Chioaww dulu...
MYY Miri My City....me Mirie, as known....