Semua orang nak sihat kan? Tapi, kdg2 dlm pada prihatin dgn kesihatan org lain, sampaikan kesihatan diri sendiri boleh terabai....alamak, mcm mana boleh gitu? (Hmm....peringatan utk diri sendiri jugak yg ada masa buat dhek je bila sakit sana sikit, sakit sini sikit....hehehe...)
Nak story mory sikit...masa mula2 ditugaskan utk 'jaga' ruangan Kehamilan, Penyakit dan Kesihatan (kanak2), hadoii....apa yg aku tahu? Kehamilan? Uff...apa cer? Sendirian berhad beb....Tu pasal, kali pertama brdepan doktor, Ya Rabbi, apa nak tanya? Bila doktor bagi fakta2 dan 'jln cerita' tentang masalah2 berkaitan dgn semua tu, hambek ko, ternganga dgr terma2 perubatan yg diperkatakan....Tapi, itulah dikatakan, alah bisa tegal biasa...lama-kelamaan, nak kata 'terror' (bukan terrorist, OK) sgt tu tidaklah. Sekurang2nya tak dapat jadi doktor, sbg org media, inilah kelebihan yg ada, dpt konsultansi percuma tanpa perlu menunggu nombor giliran....
Jadi, kalau nak menambah pengetahuan dan mungkin boleh dikutip sebagai panduan, di sini saya kongsikan sebahagian drpd artikel berkaitan yg pernah disiarkan di dlm majalah tmpt mencari rezeki - Seri Dewi & Keluarga (SDK), terbitan KARANGKRAF ya, BUKAN KRAFTANGAN (hmmm...ada lagi jugak yg keliru)
adios...amigos....wassalam warrahmatullah....
OLEH: MIRIEATIE
FOTO: AZAHARI ARIS
STROK
ANCAMAN
BARU GOLONGAN MUDA?
Pagi itu, Kamil pergi ke pejabat seperti biasa. Selesai
bersarapan dengan teman-teman, Kamil memulakan kerja menyemak fail serta
dokumen-dokumen di atas mejanya. Ketika hendak menandatangani salah satu
dokumen, pen di tangannya terjatuh. Beberapa kali Kamil melakukannya, masih juga
sama. Kamil cuba memberitahu sesuatu kepada temannya Haris, namun butir
bicaranya juga kurang jelas. Lebih mengejutkan teman-teman sepejabat apabila
Kamil tidak boleh bangun dari tempat duduknya. Setelah mendapat pemeriksaan
doktor, Kamil disahkan menghidap strok.
STROK, juga
dikenali sebagai angin ahmar di kalangan masyarakat kita adalah sejenis
penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Ia biasanya berlaku
disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakannya pula
berpunca daripada darah beku di dalam saluran darah.
Walaupun penyakit ini banyak dan
sering dikaitkan dengan golongan yang sudah berumur, namun ia boleh berlaku
pada mana-mana peringkat umur dan secara tiba-tiba atau senyap. Tidak hairan
jika strok juga dianggap sebagai pembunuh utama selain serangan jantung dan kanser
yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah di kalangan golongan muda.
Malahan, di Malaysia, dari segi
peratusan penghidap, ia lebih banyak menyerang generasi muda berbanding negara
maju lain yang kebanyakannya adalah golongan berusia.
Menurut Dr.
Noorfaizan Saaidin, Pakar Kardiologi & Perubatan, Hospital Pakar KPJ
Selangor, perubahan data ini mungkin banyak berkaitan cara hidup seperti
pemakanan yang tidak sihat, tabiat merokok dan kurang bersenam.
“Selain itu, ia juga boleh disebabkan
oleh faktor yang tidak boleh diubah seperti keturunan dan faktor usia. Semakin
meningkat usia, semakin berisiko seseorang itu mendapat strok disebabkan
kebanyakannya agak kurang menitikberatkan tentang kesihatan. Begitu juga dari
segi jantina . Sesiapa saja
boleh kena tidak kira lelaki atau perempuan meskipun sebelum ini kebanyakan
yang kena adalah di kalangan lelaki tetapi berdasarkan gaya hidup masa kini, ia
tidak mengenal jantina .
“Tragisnya apabila melibatkan pesakit
muda, ia banyak meninggalkan kesan yang memeritkan. Ini disebabkan strok bukan
sahaja menyebabkan seseorang itu hilang upaya dan kerjaya, malahan ia turut
melibatkan banyak pihak termasuk keluarga. Memeritkan lagi kerana kos rawatan pesakit
adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat pula mengambil
masa yang panjang dan mahal,” jelasnya.
Terangnya lagi, cara serangan strok
tidak banyak beza dengan serangan jantung. “Secara saintifiknya, strok adalah
disebabkan oleh saluran darah ke bahagian otak yang tersumbat. Jadi, apabila
sel-sel nutrigen yang terdapat di dalam darah tersebut gagal sampai ke
otak, inilah yang membuatkan serangan berkenaan. Ia merupakan penyebab utama
kematian dan kehilangan keupayaan bekerja,” ujarnya.
Simptom
Strok tidak berlaku begitu sahaja, sebaliknya terdapat
tanda-tanda awal yang boleh dikesan. Antara simptom-simptom awal strok ialah:
·
Berasa kebas pada sebelah kaki dan tangan secara
mendadak.
·
Kadang-kadang ia disusuli ketidakupayaan bercakap (speech disturban) yakni gangguan dari
segi percakapan sama ada tidak boleh bercakap langsung atau intonasi berbeza
dan membuatkan sukar difahami.
·
Hilang daya upaya seperti memegang sesuatu. Ia boleh
berlaku secara tiba-tiba atau perlahan-lahan.
·
Hilang pengamatan seolah-olah ada ‘langsir’ pada mata
sama ada kekal atau sementara mengikut tahap keseriusan strok yang dihadapi.
Jenis-jenis
strok
Dua pertiga daripada penghidap strok adalah disebabkan
darah beku atau dikenali sebagai strok iskemia. Ia berlaku apabila darah beku
menyekat saluran darah daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya ia
disebabkan oleh pengumpulan kolesterol di dalam saluran darah semenjak
bertahun-tahun lamanya.
Walaupun
dianggap strok ringan, tetapi ia boleh menjejaskan dari segi berkomunikasi,
berdiri, memegang sesuatu atau kemungkina n
muka atau mulut senget atau herot.
Jenis
kedua adalah disebabkan pendarahan di dalam otak yang juga dikenali sebagai
strok berdarah. Ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di
sekelilingnya pecah sehingga berlaku pendarahan. Strok ini boleh menyebabkan
seseorang tidak sedarkan diri atau koma, tidak boleh berkata-kata langsung
walaupun pada pengamatan pesakit ini kelihatan masih bernafas.
Faktor
penyebab
Ia banyak dikaitkan dengan gaya hidup seperti:
- Pemakanan
- Tabiat merokok
- Tinggi kolesterol
- Kurang bersenam
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Keturunan/genetik
Rawatan
Dari segi rawatan, ia bergantung pada tahap strok yang
dialami. Bagi strok jenis ringan (iskemia), pesakit akan diberi ubat untuk
mencairkan darah beku bagi mengelak serangan kali kedua yang lebih serius.
Selain
itu, pesakit juga akan diberi ubat mengawal simptom lain seperti masalah darah
tinggi dan kolesterol.
Walau
bagaimanapun, dalam apa jua penyakit yang menimpa seseorang, apa yang penting
adalah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman/aktiviti
fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan
pemeriksaan darah. Sementara bagi yang pernah mengalami strok, adalah dina sihatkan membuat pemeriksaan berkala supaya
tekanan darah, paras kolesterol dan berat badan dapat dipantau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.