Isnin, 6 Januari 2014

Jangan jadi 'seperti tikus membaiki labu....'

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh...
Salam 2014....bersamaan 4 Rabiul Awal 1435....

Masya-Allah, lamanyalah dah tak bermain-main jari di kibod, menyulam-nyulam ayat, berkongsi-kongsi cerita, meluah-luah rasa yang terpendam dan apa-apa sajalah di ruang ini. Nengok teman-teman blogger lain, fuh! bukan main gigih dan aktif sekali mencurah-curah idea.

Kecemburuan pada kegigihan dan keaktifan teman-teman tu memang mencemburui, tapi, bila tiba giliran diri sendiri nak ngetuk, aduh! kemalasan lebih gigih menindih-nindih diri. Tolong jangan amalkan. Bahaya dan tidak mendatangkan manfaat pun sifat ini.

Baik. Kerajinan nak mengetuk ni sebenarnya kebetulan, hari ini ambil half day dek kerana 'banjir' melanda...Memang pun sekarang ni musim banjir, tapi, banjir yang melanda ni bukan banjir sebagaimana bencana alam yang melanda beberapa kawasan termasuk di negeri kesayanganku, Sarawak nun, sebaliknya ini banjir di atas - tingkat 3, kat dapur nun haa...

Kisahnya, kepala paip tu sejak tahun lepas lagi dah mula buat hal. Nak tutup, kena pulas, sepulas-pulasnya. Elok sekejap bila letak gam gajah di dalamnya. Tapi, kalau dah hayatnya setakat itu, bagilah 'rawatan' macam mana pun, nak minta tukar juga. Dah beli kepala paip (sampai dua lagi, sbb yang pertama, silap beli. Rugi je RM19.90 beli kat Giant...huhu), konon-konon nak jadi Minah Gyver, D.I.Y. Sekali, hambek ko. Dah mcm perumpamaan : Seperti tikus membaiki labu, lah jadinya.

Dah tutup kepala paip utama dalam rumah, masih juga menitik air. Bangun pagi tengok, dah penuh sebaldi dan melimpah-ruah, banjir le kat dapur. Nak tak nak, terpaksalah pagi-pagi cari plumber. Nasib baiklah plumber PKNS, so, bayar upah pasang jelah. Agaknya kalau panggil plumber luar, mau RM ratus jugak terbang.

Hmm....cerita ni, bukan semua benda kita ada kebolehan, keupayaan melakukannya sendiri. Walaupun selama ini setakat nak tukar kepala paip kat bilik air, gantikan mentol dan starter lampu, tak ada hal punya, waima remote TV dan Astro yang mcm semput2 je bila ditekan disebabkan basah kena air bateri yang dah weak, tapi untuk kerja plumbing mcm ni, walaupun nampak mcm senang je, mcm mudah je, toksah le kedekut nak keluarkan bajet panggil plumber. Kalau tak, ha, jadilah mcm perumpamaan 'tikus' tu tadi.

Sama jugalah dalam apa jua kerjaya lain. Tapi, kalau ada pengetahuan dan kemampuan, usahlah pula kedekut untuk berkongsi, membantu mana yang perlu. Walau sedikit, ilmu dan pengetahuan kita yang ada, kalau dikongsi bersama, mungkin menjadi manfaat dan membantu orang lain. Sekurang-kurangnya, dapatlah sikit pahala, kan.

OKlah, itulah saja cerita untuk hari ini. Nanti-nanti (entah bilalah tu), ada cerita lagi (banyak sebenarnya), kita kongsi-kongsi.

Salam dunia, salam semua....

My Mirie, My Cerita....

Yg rosak, kepala 'pemulas' tu, tapi, nak kena tukar 'satu badan' paip ni sekali....
Foto: My Cymera S3

Yg kat bawah ni ler yg buat dapur banjir....
Foto: My Cymera S3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.